Menangguhkan kerja merupakan musuh ketat kita bagi seorang pelajar seperti anda. Tidak kira samaada anda di sekolah menengah, malah pada tahun atau di peringkat Universiti. Pada hujung tahun anda akan berhadapan dengan peperiksaan yang akan menentukan sama ada dapat melihat kemajuan prestasi anda atau menurun, Oleh sebab itu, jika anda menangguhkan kerja yang sedia ada kerja baru akan akan dating bertimbun-timbun. Kerja sedia ada pun anda belum mahir, sudah dating kerja baru yang anda tidak faham langsung.
MULAKAN SEKARANG JUGA
Pepatah cina ada mengatakan “ Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.” Apabila anda telah memulakan sesuatu kerja barulah anda akan Nampak jalan dan masalah yang dihadapi.
FIRST THING FIRST
Ada 2 pendekatan: selesaikan kerja yang dating terdahulu.Selesaikan kerja yang pendek dan ringkas dahulu. Sementara kerja yang panjang rumit, pecahkan kepada beberapa bahagian supaya mudah dilaksanakan, Mulakan dengan bahagian pertama. Teruskan buat bahagian tanpa rasa jemu. Anda lihat bagaimana jentolak yang kecil mendaki gunung yang besar dan tinggi untuk menolak tanah paling atas sedikit demi sedikit. Dalam masa 2 atau 3 tahun gunung yang gagah itu mampu di belah dan lebuh raya pun terbentang.
BELAJAR KATA “NO”
Jika ada kerja baru dating yang tidak sanggup anda laksanakan kerana anda sudah sedia banyak kerja atau kerja itu tidak mampu anda tangani, belajarlah untuk menolaknya dengan berkata : “ Maaf saya sibuk, atau “ Maaf saya tidak mahir dalam perkara ini. “ Janganlah terlalu ghairah untuk membuat semua perkara. Anda mungkin mahir dalam sesuatu bidang tetapi anda bukan pakar segala bidang. Anda juga manusia biasa bukannya robot.
“ GANTUNGKAN KERJA, BUKAN TIMBUNKAN”
Lihat bagaimana kertas catatan pesanan makanan anda di restoran atau di warung digantung pada dawai menggunakan penyepit baju. Tukang masak memasak satu persatu makanan, walaupun ramai pelanggan menunggu meneyelesaikan kerja demi tugas sebagai tukang masak. Sebaliknya jika anda menimbunkan kerja anda di atas meja, kerja yang di sebelah bawah akan ketinggalan dan dilupakan begitu sahaja.
MANFAATKAN MASA PENDEK
Anda mempunyai banyak ruang masa yang pendek di antara 2 kerja besar. Gunakan selaan masa ini untuk sesuatu kerja yang bermanfaat. Misalnya bangun awal sebelum subuh anda boleh melakukan banyak perkara.
LERAIKAN HALANGAN SATU PERSATU
Menyelesaikan dan memulakan kerja semudah membuka kulit pisang. Membuka kulit pisang ada 5 langkah :
1. Patahkan tunggul kayunya.
2. Kopek kulit bahagian yang pertama.
3. Kopek bahagian kulit sebelah lagi.
4. Selesaikan kopek kulit \
5. Sekarang anda boleh suapkan pisang ke mulut anda untuk digigit.
Kalau anda tidak mula mematahkan tungkul sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat makan pisang.
TELUS MEMBERI ALASAN
Kalau kerja anda tertangguh juga berilah alas an yang munasabah, kepada guru berkenaan beritahu sebabnya. Mungkin anda tidak faham atau keluarga mengajak anda bercuti atau anda demam. Dengan cara ini anda akan belajar supaya lebih ikhlas dan lebih bertanggungjawab.
Orang yang cemerlang tidak uhkan kerja akan menang menangguhkan kerja mereka sentiasa tertunggu-tunggu kerja baru. Sebaliknya orang yang menangguhkan kerja ini akan ketinggalan dan mereka terbeban dengan kerja yang menimbun kerana kerja lama tidak selesai lagi. Kesimpulannya melaksanakan kerja tepat pada masanya melatih anda untuk berdisplin. Lawanlah segala godaan nafsu yang sentiasa mengajak manusia kepada kelalaian. AApapun untuk melaksanakan kerja anda, memerlukan masa dan tumpuan Selamat mengelakkan kerja yang bertangguh!!
0 ulasan:
Catat Ulasan