Halaman UTAMA

21 Mac, 2010

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN




PERANCANGAN & PENGURUSAN MENCARI KERJA

Ada pepatah mengatakan “ sekiranya kamu gagal merancang, bermakna kamu merancang untuk gagal”. Tenung-tenunglah betapa mendalamnya maksud ayat ini. Berapa ramai di antara kita merangka dengan teliti perancangan untuk bercuti, berkhemah, balik kampong dan sebagainya. Sedangkan untuk pergi ke kedai juga memerlukan perancangan.
Mahu ikut jalan mana, berjalan kaki atau berbasikal, perlu tukar baju atau tidak dan tidak kurang juga yang siap touch up untuk kelihatan menarik. Sedangkan untuk perkara kecil seperti itu perlu direncanakan, apatah lagi dalam membuat satu langkah besar dalam hidup kamu- Melangkah ke Alam Kerjaya. Bermula dengan belajar mengenali de ngan mengenal diri sendiri dengan lebih mendalam, mengkaji bidang yang ingin dipilih dan langkah ketiga iaitu melengkapkan diri dengan kaedah pencarian pekerjaan yang berkesan. Dengan perancangan yang teliti bukan sahaj memastikan segala perkara dibuat dengan betul, malahan dapat mengurangkan tekanan, memantau keberkesanan setiap aktiviti dan juga member keyakinan diri. Kamu sudah tahu juga ke mana destinasi kerjaya yang inigin dituju, sekarang kamu perlu merancang bagaimana untuk tiba ke destinasi tersebut. Jangan hanya bermimpi jadikan kenyataan.
PERSEDIAAN
Di peringkat ini, kamu perlu menyedia dan mengurus keperluan dalam proses mencari pekerjaan. Bukan hanya terhad kepada penyediaan resume dan surat permohonan, tetapi termasuklah ruang untuk bekerja masa dan perbelanjaan yang diperlukan. Biasanya jangka masa ideal untuk peringkat ini adalah 2 minggu.

MERANCANG MASA

Kamu perlu tahu samaada mencari pekerjaan in dapat kamu laksanakan separuh atau sepenuh masa. Kerja-kerja seperti menulis resume memakan masa bagi memastikan hasil yang baik. Jangan menulis dalam keadaan terkejar-kejar mahukan siap kerana resume merupakan dokumen yang amat penting dalam menentukan sama ada kamu dipanggil temu duga atau tidak.

MERANCANG PERBELANJAAN

Selain memakan masa, pencarian kerja juga memerlukan belanja namun tidak semestinya mahal. Belanja untuk bergerak ke temu duga, meyempurnakan penampilan, mencetak resume dan sebagainya haruslah diberi perhatian terutamanya dalam keadaan kamu yang masih belum mempunyai pendapatan tetap. Idea-idea dalam membantu mengimbangi perbelanjaan semasa mencari kerja.

PANTAU SETIAP PERBELANJAAN
Kenalpasti setiap yang dibelanjakan samada satu keperluan atau sesuatu yang kamu inginkan. Hadkan perbelanjaan berdasarkan keinginan. Cari pekerjaan sambilan Tetapi awas jangan sampai mengabaikan keutamaan kamu iaitu mencari kerjaya sebenar.

MENGURUSKAN TEMPAT KERJA.

Kamu memerlukan satu tempat yang sesuai untuk bekerja dan kekal fokus dalam pencarian pekerjaan. Pastikan kamu tidak diganggu dan selesa, keperluan asas perlu ada.

SISTEM FAIL YANG TERATUR
Akaun email,telefon,buku nota, pen , buku alamat, calendar alat tulis, kamus dan thesaurus ini adalah perkara yangharus ada dalam pejabat kamu untuk kelengkapan ruang bekerja.

MENYEDIAKAN RESUME DAN SURAT PERMOHONAN

Resume merupakan keperluan yang sangat penting dalam mencari pekerjaan ianya mewakili diri kamu itu di mata penemu duga dan hanya resume yang efektif kamu akan dipanggil ke sesi temuduga. Surat permohonan pula menambahkan lagi minat penemu duga untuk membaca surat kamu. Dengan adanya resume dan surat permohonan yang berkesan akan member kesan positif kepada penemu duga terhadap kamu. Tetapi jangan terlalu yakin kerana masih jauh perjalanan kamu. Resume yang efektif hanya mampu membuka pintu ke sesi temuduga, bukan menjanjikan jawatan tersebut milik kamu. Perang sebenar adalah semasa sesi temuduga itu nanti.


SURAT PERMOHONAN ( COVER LETTER)
Dalam menulis surat permohonan pula, kamu perlu menggunakan format tulisan rasmi. Tidak perlu mengulangi apa yang ditulis didalam resume sebaliknya tekan kepada mengapa kamu memohon jawatan tersebut. Ambil kesempatan ini untuk menceritakan kelebihan kamu yang tidak dapat dimuatkan di dalam resume memandangkan resume terhad kepada maksimum satu setengah muka surat bagi prospek kerjaya dan potensi majikan. Kamu juga boleh bertanyakan kenalan di mana ada kekosongan jawatan dan maklumkan kepada mereka bahawa kamu sedang mencari pekerjaan.

SELAMAT MENCUBA DENGAN JAYANYA…AMIN

0 ulasan:

Catat Ulasan