Halaman UTAMA

29 Mac, 2010

10 TIP DIET YANG PERLU KAMU AMALKAN.







Diet adalah amalan pemakanan yang dapat membantu kamu untuk kekal sihat dan langsing, tetapi tahukah kamu terdapat perkara-perkara yang harus kamu turuti semasa menjalani aktiviti diet ini. jOMKITA LIHAT ANTARA PERKARA YANG PERLU KAMU TAHU SEBELUM MEMULAKAN DIET SIHAT KAMU.

1. cuba diet yang sesuai dengan jenis badan kamu.
  • keperluan badan kamu kadangkala berbeza dengan badan orang lain oleh itu kenali keperluan badan kamu sebelum memulakan diet. Ini bagi membantu kamu untuk kekal realistik dalam menentukan diet kamu

2. Elakkan dari menjadi mangsa diet

  • diet sihat adalah diet yang akan membantu kamu untuk menghilangkan diet secara sistematik,bukan secara mendadak yang kadangkala bakal membahayakan kesihatan kamu.

3. Cuba minum lebih banyak air masak

  • Air putih dapat membantu kamu untuk kekal aktif. Minum seurang-kurangnya 6 liter air setiap hari untuk kamu kekal cergas dan adalah lebih baik kamu minum segelas air sebelum makan

4. Makan dalam kuantiti yang sedikit.

  • Bagi kamu yang suka makan,kamu masih boleh meneruskan minat kamu ini tetapi dengan cara lebih berhemah. Makan dalam kuantiti yang lebih sedikit,oleh sebab itu setiap kai kemu berasa lapar hadkan pengambilan makanan kamu.

5. Jangan putus asa!!!

  • Kesilapan sering berlaku oleh itu bagi kamu yang baru memulakan diet ambil ini sebagai cabaran dan jangan biarkan ianya menjadi halangan buat kamu.Bukan mudah untuk menukar gaya hidup kamu oleh itu kekuatan mental dan fizikal bakal membantu kamu untu memiliki hidup yang lebih sihat.

6. Elakkan dari mengunyah

  • Kamu seharusnya memberi perhatian semasa makan ini kerana otak dan perut boleh meneliti makanan kamu dan mengunyah makanan semasa sedang menonton televisyen atau di depan komputer hanya akan membuatkan kamu terus makan dan makan tanpa kawalan.


PETUA-PETUA ORANG TUA...( LAYAN>>)

1. MELURUSKAN RAMBUT KERINTING.
- Ambil sebiji kelapa parut dan campurkan segelas air. Perahakan untukmndapatkan santannya,kemudian masukkan sedikit air perahan limau nipis. Simpan dalam peti sejuk sehingga permukaan atasnya menyerupai krim. Sapukan krim itu pada keseluruhan kulit kepala dan balut dengan tuala panas selama satu jam.Bilas seperti biasa lakukanya sekali seminggu untuk melihat hasilnya.

2.MENGILATKAN KUKU
-Mendapatkan kukuyang cantik berkilat, rendamkan kuku tangan anda didalam perahan 3biji limau nipis yang telah dicampurkan sedikit air biasa. Selepas 15minit ambil buah belimbing buluh dn gosokkan pada kuku. Kemudian bilas dengan air,hasilnya kuku akan tampak berkilat dan lebih berseri.

3. HILANGKAN KEBAS KAKI.
- Sering berasa kebas cuba amalkan petua ini. Amil sebatang pen dan kepit di celah ibu jari kaki selama 2 hingga 3 minit insyaallah rasa kebas hilang pada kaki aka beransur hilang.

4. HALIA HILANGKAN KEMBUNG PERUT.
- Tumbuk sebuku halia yang sederhana besar tetapi jangan sampai lumat. Masukkan ke dalam gelas dan tuangkan air mendidih. Kemudian tutup gelas tersebut dengan piring. Biarkan seam 15minit atau sehingga ia agak kembang. Selepas itu, mnum air tersebut Insyaallah masalah kembung perut akan beransur pulih.