1. MELURUSKAN RAMBUT KERINTING.
- Ambil sebiji kelapa parut dan campurkan segelas air. Perahakan untukmndapatkan santannya,kemudian masukkan sedikit air perahan limau nipis. Simpan dalam peti sejuk sehingga permukaan atasnya menyerupai krim. Sapukan krim itu pada keseluruhan kulit kepala dan balut dengan tuala panas selama satu jam.Bilas seperti biasa lakukanya sekali seminggu untuk melihat hasilnya.
2.MENGILATKAN KUKU
-Mendapatkan kukuyang cantik berkilat, rendamkan kuku tangan anda didalam perahan 3biji limau nipis yang telah dicampurkan sedikit air biasa. Selepas 15minit ambil buah belimbing buluh dn gosokkan pada kuku. Kemudian bilas dengan air,hasilnya kuku akan tampak berkilat dan lebih berseri.
3. HILANGKAN KEBAS KAKI.
- Sering berasa kebas cuba amalkan petua ini. Amil sebatang pen dan kepit di celah ibu jari kaki selama 2 hingga 3 minit insyaallah rasa kebas hilang pada kaki aka beransur hilang.
4. HALIA HILANGKAN KEMBUNG PERUT.
- Tumbuk sebuku halia yang sederhana besar tetapi jangan sampai lumat. Masukkan ke dalam gelas dan tuangkan air mendidih. Kemudian tutup gelas tersebut dengan piring. Biarkan seam 15minit atau sehingga ia agak kembang. Selepas itu, mnum air tersebut Insyaallah masalah kembung perut akan beransur pulih.
Indahnya jadi pendidik
11 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan