Halaman UTAMA

Memaparkan catatan dengan label BAYI TABUNG UJI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAYI TABUNG UJI. Papar semua catatan

25 Mac, 2010

BANK SPERMA.




Mengikut laporan Berita Harian lagi, di negara ini bank sperma sebenarnya telah wujud sejak beberapa tahun yang lalu, yang dikendalikan hospital swasta dengan menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur untuk mendapatkan anak. Setakat ini, tiada peraturan khusus mengenainya dan sebab itulah cadangan Kementerian Kesihatan untuk menggubal undang-undang berhubung perkhidmatan bank sperma amat dialu-alukan. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan (INFAD) sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma, setakat ini tiada peruntukan undang-undang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur untuk mendapatkan zuriat. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, “kementerian itu sedang memperincikan segala aspek berhubung perkara ini, termasuk dari perspektif agama, moral, institusi keluarga dan etika kerana isu berkenaan amat sensitif.” Kebimbangan ini turut dikongsi Presiden Persatuan Perubatan Islam, Prof. Madya Dr Abdul Latiff Mohamad yang berkata, “sehingga kini belum ada akta diwujudkan bagi menjelaskan kesahihan bank sperma ini kepada masyarakat sekaligus mengundang kontroversi serta kekeliruan di kalangan umat Islam hubungan perkahwinan yang wujud ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks, tetapi merupakan satu kedudukan untuk meleraikan keturunan manusia secara sah” Oleh sebab itu, mana-mana anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan yang sah adalah anak sah taraf. Anak tersebut dikatakan mempunyai nasab yang sah dari segi hukum syara’, berbeza dengan anak zina yang tidak boleh dihubungkan dengan mana-mana nasab. Islam memandang penting akan hubungan perkahwinan atau persetubuhan sah ini kerana ia melibatkan banyak lagi hukum lain yang muncul darinya seperti nasab, aurat, harta pusaka dan sebagainya.
Hukum kewujudan bank sperma itu terletak pada hukum-hukum yang dibenarkan, maka hal ini tidaklah dengan sendirinya menjadi satu keharaman, selama mana bank tersebut mematuhi hukum syara’ dari segi operasinya. Ini kerana dari segi hukum, boleh sahaja mana-mana suami menyimpan air mani mereka di dalam bank ini untuk disenyawakan dengan sel telur isterinya apabila keadaan memerlukan (sebagaimana perbincangan di atas). Namun begitu, sperma itu mestilah dihapuskan sebaik sahaja si suami telah meninggal. Sperma tersebut juga mesti dihapuskan jika telah berlaku perceraian (talaq ba’in) di antara suami isteri. Di dalam kedua-dua kes ini (kematian suami dan talaq ba’in), jika (bekas) isteri tetap melakukan proses persenyawaan dan memasukkan sel yang telah disenyawakan itu ke dalam rahimnya, maka dia (termasuk doktor yang mengetahui dan membantu) telah melakukan keharaman dan wajib dikenakan ta’zir. Oleh kerana hal ini (kewujudan bank sperma) adalah satu perbincangan yang menyentuh dasar negara, maka samada ingin mewujudkan atau tidak bank sperma, ini adalah termasuk bidangkuasa khalifah sebagai Ketua Negara untuk memutuskannya. Oleh kerana kewujudannya adalah mubah, maka boleh saja bagi Khalifah memilih samada untuk mewujudkannya atau tidak. Jika ia tidak diwujudkan sekalipun, bukanlah bermakna khalifah itu menghalang kewujudan proses bayi tabung uji, cuma yang tidak diwujudkan adalah bank sperma, bukannya proses perubatan melalui bayi tabung uji.
Sensitiviti umat Islam mengenai isu ini halal dan haram, bukannya ukuran lain. Sebenarnya Umat Islam begitu mengambil berat isu-isu sensitif jika di dalam makanan mereka terdapat unsur-unsur yang haram seperti lemak babi, alkohol, najis dan sebagainya. Dalam isu bayi tabung uji ini juga seharusnya kita akui bukan perkara yang diharamkan selagi mengikut hukum berlandaskan syara’ seiring dengan arus perkembangan sains dan teknologi.

HUKUM SYARA’ TENTANG BAYI TABUNG UJI





Teknik bayi tabung uji (test tube baby) ini telah dipraktikkan sejak sekian lama. Banyak kajian telah dilakukan melalui bayi tabung ini antaranya Kelahiran Louise Brown, bayi hasil persenyawaan in-vitro (IVF) pertama dunia, memenuhi dada akhbar tiga dekad yang lalu. Namun ibu kepada seorang anak ini mahu ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tidak diheboh-hebohkan. Suami isteri yang mandul dan inginkan anak dianggap oleh syara’ sebagai satu sebab untuk membolehkan penggunaan teknik-teknik yang dibenarkan oleh syara’ dalam persenyawaan buatan. Majoriti ulamak telah memutuskan hanya persenyawaan dalam dan persenyawaan luar sahaja yang dihalalkan oleh Islam. Namun ada yang mengharamkan atas sebab-sebab tersendiri. Salah satu sebab yang jelas adalah kedua-dua benih bukan berasal dari pasangan suami isteri yang sah. Pada tahun 1984, berlangsung Daurah Ketujuh Almajma’ Al-fiqhi Al-islami di Kota Mekah. Mereka merumuskan bersama-sama pakar perubatan telah menarik balik keputusan menghalalkan persenyawaan luar yang mana isteri menjadikan tempat rahimnya mengandungkan benih suami yang lain. Hal ini boleh menimbulkan keraguan, apabila kaedah ini dilakukan iaitu dia mungkin telah mengandung zuriat sendiri sebelum mengandungkan benih suaminya yang disenyawakan dengan madunya. Boleh juga berlaku kelahiran anak kembar hingga susah untuk menentukan sama ada kedua-dua zuriat milik penderma ovum atau seorang satu anak, maka sukar untuk menentukan ibu yang sebenar. Keduanya, kemungkinan benih suami telah mati lalu berlaku persenyawaan antara sperma lelaki dan wanita penderma rahim, pastinya mereka menyangka anak itu adalah zuriat wanita yang mendermakan ovumnya. Ketiga, ianya tidak ubah seperti zina, di mana berlaku pencampuran benih antara lelaki dan wanita yang bukan pasangan yang sah, apatah lagi jika seorang wanita yang telah bersuami memasukkan benih lelaki lain ke rahimnya, bezanya tidak berlaku persetubuhan dan tidak di jatuhi hukuman zina. Sama juga seorang wanita yang menerima benih orang lain untuk dikandungkan.Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud : “ Janganlah kamu menyiram ( melepaskan mani ) di lembah milikmu selain isterimu.” Ia merupakan satu bentuk penipuan, dimana orang lain menganggap anak yang mereka peroleh itu merupakan anak yang sah, walhal ada pihak lain yang terlibat dalam proses pensenyawaannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullah s.a.w bersabda bermaksud : “ Sesiapa yang mengacukan pedang bukan daripada golongan kami dan sesiapa yang menipu juga bukan daripada golongan kami.” Riwayat Muslim Ibnu Majah dan Ahmad.) Ia merupakan satu bentuk penipuan, dimana orang lain menganggap anak yang mereka peroleh itu merupakan anak yang sah, walhal ada pihak lain yang terlibat dalam proses pensenyawaannya.

Isu halal & haram bayi tabung uji




DEFINISI BAYI TABUNG UJI.

Istilah Cloning atau pengklonan berasal dari kata clone (bahasa Greek) atau klona, yang secara saintifik bermaksud potongan/ pangkasan tanaman bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu. (rujukan: Kamus Jururawat BI-BM, Fajar Bakti). Pada kali ini, perbincangan isu yang membuatkan umat Islam itu sendiri tertanya-tanya apakah hukum dan kaedah kelahiran bayi tabung uji secara lumrahnya menentang kuasa Allah S.W.T mengikut para ulama Islam dalam perdebatan, adakah ia benar-benar berjaya dilakukan dalam kajian manusia itu sendiri dalam mencari jawapan menyelesaikannya. Seiring dengan peredaran zaman sains dan teknologi pada masa kini, perkembangan manusia dalam ekosistem biologi mampu menghasilkan satu sel stem yang kenali sebagai teknik IVF (In Vitro Fertilization) atau Persenyawaan Luar Rahim adalah asas bagi teknologi pembiakan gesaan (Basic Assisted Reproduction Technique). Secara asasnya, teori IVF adalah persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca) sperma lelaki dan ovum (telur) perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang sesuai. Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim yang menggabungkan genetik manusia dalam pertambahan umat Islam berlandaskan syara’. Kloning terhadap manusia adalah merupakan bentuk penciptaan manusia untuk mengatasi masalah pasangan yang berkahwin dalam mendapatkan anak melalui hubungan seks (sexual intercourse) . Kloning adalah teknik memproduksi penduaan yang idealistik secara genetik dari suatu organisme. Klon juga adalah keturunan gen-gen dari individu tunggal. Setelah keberhasilan eksperimen kloning pertama dilakukan bernama Dolly pada tahun 1996, para ilmuwan berpendapat bahawa tidak lama lagi kloning manusia akan menjadi kenyataan. Teknologi kloning diharapkan dapat memberi manfaat kepada manusia, khususnya di dalam bidang perubatan.

Ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan zuriat. Antara ikhtiar yang dilakukan ialah bayi tabung uji. Namun, ini merupakan kaedah terakhir kerana masih terdapat lagi kaedah lain yang mampu menghasilkan anak dengan izin Allah S.W.T. Namun tidak di nafikan ada pasangan suami isteri tidak dikurniai anak, atas pelbagai sebab. Pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata ini akan merasakan suatu kekurangan, kekecewaan malah keaiban yang besar. Bahkan menerima tekanan daripada keluarga , kenalan dan rakan taulan. Namun Islam menetapkan nasab menetapkan dapat disabitkan melalui perkahwinan ibubapa yang sah,.naluri untuk mendapatkan anak merupakan fitrah semulajadi manusia. Hal ini turut dituntut dalam Islam, dimana Nabi bangga dengan jumlah umat yang ramai seperti hadis daripada Abdullah Bin Umar ,sabda Nabi S.A.W bermaksud:” Nikahilah kalian dengan wanita-wanita yang subur kerana sesungguhnya aku akan akan berbangga dengan banyaknya kalian pada hari kiamat nanti. “ ( Riwayat Ahmad. )