Halaman UTAMA

25 Mac, 2010

ISU SKANDAL SUGAR DADDY





ISU SKANDAL SUGAR DADDY

"Masakan pokok boleh bergoyang jikalau tiada anginnya”. Itulah perumpamaan yang yang paling sesuai untuk menggambarkan isu skandal yang hangat diperkatakan dan bertiup kencang di USIM ketika ini. Kita mahu membuka minda kepada suatu isu yang agak kritikal. Tapi ia masih related dengan kita, kerana Islam itu sendiri syumul sifatnya. Pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita hari ini Namun, oleh kerana golongan remaja merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang masalah sosial terutamanya yang melibatkan para pelajar dan ini merupakan realiti yang terpaksa ditelan oleh kita sekarang.
Isu sugar daddy merupakan isu yang tidak asing lagi pada zaman sekarang, terutamanya di kalangan pelajar –pelajar universiti. Pelajar USIM Juga tidak terlepas daripada dikaitkan dengan isu-isu sebegini. Pelajar-pelajar yang mempunyai sugar daddy kebanyakannya sanggup menggadai maruah sendiri semata-mata sebagai balasan layanan seksual kepada pasangannya. Mereka leka dengan kenikmatan dunia. Manusia yang hanya mengejar duit sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri.
Kita sebagai pelajar universiti yang mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya seharusnya lebih berfikiran matang dalam menghadapi situasi sebegini. Sebagai contoh, banyak inisiatif lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan wang. Siswi yang terlibat dalan isu ini boleh diumpamakan seperti orang cerdik tetapi sebenarnya bodoh.
Menurut sumber-sumber yang telah diperolehi, terdapat sebilangan pelajar USIM terlibat dalam gejala “sugar daddy” ini. Kebanyakan daripada mereka hanya inginkan kepuasan, kemewahan dan keseronokan. Hal ini berlaku apabila kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjalinkan hubungan sebagai perempuan simpanan dan ‘sugar daddy’ .
Mereka sedaya upaya cuba menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan rakan-rakan dan keluarga kedua-dua belah pihak. Walaupun sudah mempunyai keluarga dan anak namun ‘sugar daddy’ tersebut tidak pernah merasa bersalah di atas perbuatannya. Terdapat dua hingga tiga orang pelajar yang masih bergiat aktif dalam gejala ini dan terdapat beberapa orang pelajar yang telah insaf dan bertaubat.
Mengikut pengakuan salah seorang mangsa yang telah terjebak ke dalam gejala yang kurang sihat ini mengatakan bahawa beliau amat kesal di atas perbuatannya yang lalu. Beliau yang dikenali sebagai Nani (bukan nama sebenar) mula terjebak di dalam gejala ini sejak 3 tahun yang lepas. Perkenalan yang dianggap biasa pada mulanya dengan sekadar bertukar-tukar nombor telefon bimbit mengundang kepada hubungan yang semakin erat dari hari ke hari. Mansor (bukan nama sebenar) yang hampir mencecah umur 40 an yang merupakan seorang bapa kepada empat orang anak itu memberikan kemewahan dan menjanjikan pelbagai imbuhan di dalam hubungan mereka.
Episod hidupnya bermula apabila keluarga beliau menghadapi kesempitan wang untuk membiayai rawatan bapanya yang memerlukan kos perubatan yang tinggi. Oleh sebab itu, Mansor datang menghulurkan bantuan iaitu separuh dari kos perubatan sebenar di dalam lingkungan RM 15,000.00. Namun begitu peristiwa ini tidak dapat dihidu oleh keluarga beliau. Hubungan mereka menjadi semakin erat dan kerap menghabiskan masa bersama yang menyebabkan Nani sukar untuk meninggalkan Mansor. Tambahan pula, Mansor kerapkali memberikan wang untuk perbelanjaan dan membeli buku. Apabila kegiatan beliau telah diketahui oleh keluarganya sendiri, kakaknya cuba menyelesaikan masalah dengan mengenalkan kepada beliau seorang lelaki iaitu Rizal (bukan nama sebenar) sebagai kawan untuk mengelakkan beliau semakin erat dengan Mansor.
Namun, usaha itu tidak berhasil sehinggalah pada satu masa beliau nekad untuk mengelakkan diri dari Mansor bertitik tolak dari nasihat kedua ibu bapa beliau. Dengan bantuan Rizal, beliau kini dalam usaha untuk mengelakkan dirinya dari menghubungi lelaki tersebut dan cuba berunding secara damai. Nani mengambil jalan penyelesaiaan dengan bertaubat di atas segala dosa-dosanya yang lalu dan ingin berubah kepada kehidupan yang diredhai oleh Allah. Beliau mengakhiri perbualannya dengan memberi nasihat kepada rakan-rakan supaya jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata lelaki yang bermulut manis. “ Sebagai seorang wanita, kita perlulah menjaga diri supaya tidak mudah terpedaya dengan pujukan lelaki” ujarnya.
Terdapat salah seorang pelajar lagi yang terlibat dalam gejala ini yang dikenali sebagai Elly (bukan nama sebenar) mula terjebak apabila dikecewakan oleh bekas kekasihnya. Pada mulanya, Elly mengambil kesempatan ini untuk memuaskan hati dengan mencari sugar daddy sebagai penghapus kekecewaan beliau. Lama-kelamaan Elly menjadi lebih aktif apabila merasakan ianya adalah satu kepuasan dan keseronokan baginya. Antara faktor lain yang menyebabkan beliau terjerumus ke lembah ini adalah kerana terlalu terkongkong di rumah yang menyumbang kepada kejutan budaya.
Kegiatan Elly dapat diketahui oleh kawan-kawannya apabila beliau sering keluar tanpa memberitahu sesiapa dan pulang lewat pada hujung minggu. Hal ini menjadi lebih besar apabila kawan-kawannya menjumpai resit hotel atas nama beliau. Apabila pulang, Elly juga sering pulang dengan membawa pelbagai barang. Beliau juga mempunyai lebih dari seorang sugar daddy yang dipercayai dikenali dari ‘chatting’ melalui ‘yahoo messenger’. ‘Sugar daddy’ yang dikenalinya dalam lingkungan umur 45 ke atas. Selain itu juga, pada setiap awal semester beliau mempunyai baki wang pinjaman yang begitu banyak yang tidak mungkin di perolehi dari sumber lain.
Walaupun pelbagai nasihat yang telah diberikan kepadanya, namun beliau tidak mahu menerimanya sebagai pengajaran dan tidak cuba untuk berubah sehingga Elly di pulaukan oleh rakan-rakannya. Elly mula merasa tertekan apabila beliau sering dijadikan buah mulut dikalangan rakan-rakannya. Namun setelah hampir setahun setengah tejerumus ke lembah ini, Elly berjaya dan berazam mengelakkan diri dari gejala yang tidak sihat ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah dan bergiat aktif di dalam perlbagai persatuan walaupun pada mulanya Elly amat sukar untuk meninggalkan tabiat tersebut.
Menurut sumber, terdapat salah seorang lagi mahasiswi USIM yang dikenali sebagai Zana yang terlibat dalam gejala yang kurang sihat ini masih belum meninggalkannya. Beliau dipercayai terjebak dalam kegiatan ini akibat mudah terpedaya serta terkesan dengan pujukan lelaki yang sanggup menanggungnya walaupun sudah berumahtangga. Mereka selalu menghabiskan masa hujung minggu bersama-sama serta sering berjumpa didalam sesuatu aktiviti yang diceburi bersama. Zana merasakan apa yang dilakukannya adalah satu keseronokan semata-mata kerana beliau bukanlah berasal dari latar belakang keluarga yang susah.
“Mereka yang terlibat dengan gejala ini hanya hendak mengambil kesempatan sahaja daripada sugar daddynya untuk kepentingan diri sendiri seperti wang ringgit,” tambah sumber lagi. Namun pernah juga terdetik dalam sanubarinya untuk berubah tetapi setelah dipujuk oleh sugar daddynya untuk tidak memutuskan hubungan mereka, Zana seolah-olah merelakan hubungan itu diteruskan sehingga sekarang walau sudah beberapa kali kawan-kawannya cuba menasihati beliau. Namun, nasihat yang diperolehi seolah-olah mencurah ke daun keladi.
Justeru itu, sebagai jalan penyelesaian, mahasiswi yang terlibat di dalam kegiatan yang tidak berfaedah ini perlulah menyedari bahawa anda mempunyai tangungjawab yang didokong sebagai seorang pelajar. Seterusnya, berusaha menjauhkan diri dari gejala ini walaupun anda merasakan bahawa ia amat menyeronokan dan sukar ditinggalkan. Hal ini kerana, anda merupakan salah satu penyumbang kepada keruntuhan rumahtangga seseorang dan di pandang rendah oleh masyarakat.
Dalam Islam pabila bercakap mengenai isu ini, sudah pasti kita tahu hukumnya haram mendekati perkara-perkara yang mendatangkan zina seperti mana yang di sebut dalam surah AL-ISRA’, ayat 32:-
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.
Banyak faktor kita boleh lihat menjadi punca kegiatan yang tidak bermoral ini berlaku di kalangan mahasiswa USIM itu sendiri. Mereka terlibat dengan kegiatan skandal yang boleh mencemarkan imej pelajar Islam itu sendiri. Mereka dididik dengan ilmu agama sejak kecil lagi dan tahu megenai halal dan haram. Menurut pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Syariah Undang-undang ( FSU ), Ustaz Irwan Subri, “Gejala skandal ini sebenarnya tidak patut berlaku kepada pelajar aliran agama itu sendiri kerana mereka lebih tahu mengenai perkara zina dan tidak sepatutnya berlaku di sini.”
Kita sebagai seorang pelajar juga seharusnya perlu memainkan peranan dengan tidak melibatkan diri dalam gejala skandal ini, kerana mereka bebas daripada kongkongan ibubapa mereka apabila berada di universiti dan mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan kawan-kawan di mana ianya akan memberi kesan yang buruk kepada diri mereka sendiri,masyarakat dan memberi impak yang besar kepada nama baik universiti itu sendiri. Diantara faktor lain juga ialah pelajar itu sendiri ingin mencuba sesuatu yang berbeza dengan orang lain,ini turut membawa kejutan budaya kepada mereka setelah melakukan perkara sebegini demi kepentingan wang ringgit semata-mata, perkara negatif ini turut menyumbang diri mereka ke lembah maksiat yang membawa kesesatan hidup.
“Kita selalu memantau kes-kes sebegini dan jika bukti benar-benar jelas dan kukuh, kita akan terus mengambil tindakan tatatertib ke atas mereka yang terlibat.” kata Encik Hazrul Fareeza yang merupakan salah seorang kakitangan HEP ketika diminta mengulas tentang kegiatan ini.
Mereka juga seharusnya mengambil berat tentang isu sugar daddy ini sebagai pengetahuan dan sempadan agar tidak mendekatkan diri dalam gejala tidak berfaedah ini demi menjaga akhlak kita kepada ALLAH S.W.T untuk tidak mecabar kekuasaan NYA secara polimiknya hukuman yang setimpal memberi teguran yang berhikmah kepada mereka yang terlibat sebagai iktibar daripada peristiwa seperti ini serta masyarakat di luar sana disarankan kepada semua pembaca USIM TODAY jangan sesekali kita mendekati jalan yang buruk dan hina, dari segi akidah kita akan terpesong memilih jalan menuju ke neraka seolah-olah meletakkan harga diri mereka setaraf dengan pelacur jalanan mahupun bertaraf VIP.
Cara mengatasi kegiatan skandal ini juga dengan berdakwah secara halus untuk menarik mereka ke jalan yang benar dengan cara saling menasihati mereka demi menjalankan tanggungjawab kepada umat Islam itu sendiri dan tidak menyisihkan mereka atas perbuatan mereka lakukan. Mari kita sama-sama hayati tentang bahayanya gejala ini dengan lebih dekat dan menjiwai konsep skandal dari pelbagai aspek.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fuh...panas2...nasi berlauk, air jagung,air bandung..panas2...huhu

USIM KEPOH berkata...

hihihi...bru tau dila aku wartawan terjah hhihhihi

Catat Ulasan